Kehidupan peribadi Masya_Masyitah

Masya Masyitah dilahirkan pada 19 Januari 2000 di Kulim, Kedah. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chio Min. Masya juga fasih berbahasa Mandarin.[18] Beliau mendedahkan dalam satu temubual bersama mStar Online pada November 2014 bahawa beliau pernah diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenalinya selepas menjuarai Ceria Popstar musim kedua.[3] Masya turut mendakwa lelaki itu pernah menghantar hadiah ke rumahnya dan menganggunya di sekolah semasa belajar.[3]

Masya mendedahkan telah membeli sebuah rumah berharga RM300,000 secara tunai pada usia 19 tahun pada tahun 2019. Keseluruhan wang itu diperolehinya dari kerjayanya sebagai penyanyi.[19]

Rujukan

WikiPedia: Masya_Masyitah https://www.astroawani.com/berita-hiburan/menang-a... https://www.facebook.com/masyamasyitah https://gempak.com/artikel/12482/masya-masyitah-be... https://gempak.com/artikel/39142/masya-masyitah-ma... https://www.instagram.com/masyitahmasya/ https://twitter.com/masyamasyitah https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/...